Klik butang Follow untuk mengikuti blog ini. =)

Wednesday 2 November 2011



PETUA MUDAH MERINGKASKAN KARANGAN
• Tulis ringkasan karangan berdasarkan urutan perkara atau isi penting yang dikenal pasti ada dalam petikan melalui catatan pelajar.
• Tulis hanya SATU isi dalam SATU ayat.
• Dapatkan LEBIH DARIPADA LIMA (5) isi daripada petikan yang diberikan.
• Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
• Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi isi tidak mengubah maksud asal petikan.
• Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menghubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat. Contohnya, namun, walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya.
• Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan. (kata ganda dikira sebagai satu perkataan sahaja). Contohnya, ‘para pelajar’ (2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’ (1 perkataan).
• JANGAN tulis perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan ataupun memberikan pendapat sendiri dalam ringkasan karangan.
Tulis ringkasan hanya dalam SATU perenggan dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan iaitu TIDAK LEBIH daripada 80 patah perkataan. Walau bagaimanapun pelajar dibolehkan menulis sehingga 85 pata perkataan


MENGESAN ISI
Untuk mengesan isi dalam sesuatu petikan, pelajar perlu meneliti perkara-perkara berikut:
• Dapatkan tema keseluruhan petikan.
• Dapatkan perkara pokok bagi setiap peranggan.
• Tinggalkan perkara yang merupakan keterangan bagi isi pokok. Jangan masukkan keterangan ataupun contoh dalam bahagian isi. Abaikan bahagian ini semasa mengesan isi.
• Ingat! Setiap perenggan tidak semestinya mengandungi isi yang sama banyak dengan perenggan lain.

Tuesday 26 April 2011

6 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan


1. Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.

2. Merancang pengajaran
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.

3. Melaksanakan pengajaran
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.

4. Pengurusan bilik darjah
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.

5. Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

6. Menyayangi pelajar
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.

Monday 25 April 2011

Pantun Empat Kerat (Teka-Teki)


Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan, tulangnya satu?

Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah.

Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa dia tanduk di hidung?



Pautan untuk memuat turun Pantun Empat Kerat (Teka-Teki). —(Komsas Tingkatan 1)

Maksud Pantun Empat Kerat (Teka-Teki). —berserta jawapan

Maksud Pantun Empat Kerat (Teka-Teki)


Rangkap Maksud Semak
1 Apakah binatang yang berkepala lebih lebar daripada badan? Jawapan
2 Apakah benda yang semakin diisi semakin ringan? Jawapan
3 Apakah binatang yang berdarah hitam serta mempunyai lapan janggut dan satu tulang? Jawapan
4 Apakah buah yang semasa kecil berwarna hijau dan setelah besar berwarna merah? Jawapan
5 Jika tuan orang yang pandai, sebutkan nama binatang yang ada tanduk pada hidung. Jawapan

Sunday 24 April 2011

Uji Minda


Mari menguji minda dengan Soalan Praktis ini. Muat turun soalan tersebut ke dalam komputer anda dengan menekan Ctrl + S pada papan kekunci.

Microsoft Save as PDF or XPS


Laman sesawang Microsoft® untuk memuat turun aplikasi untuk menyimpan data dari format Microsoft® Office Word ke dalam format yang boleh dibaca oleh Adobe® Reader.

2007 Microsoft Office Add-in: Microsoft Save as PDF or XPS

Harap pautan ini menjadi sumber rujukan semua. Sekian, terima kasih.

Wednesday 20 April 2011

Adira - Ilusi